Thursday, April 28, 2011

MENDEKATI SOALAN JADUAL

Walaupun jadual kelihatnnya sangat digemari oleh para pelajar dalam bahagian E, namun ramai calon peperiksaan yang gagal mendapat markah yang memuaskan akibat kegagalan memahami kehendak soalan.

Secara umunya ada dua terminologi yang dapat membantu pelajar memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Iaitu, pola perubahan dan perbandingan.

Perubahan memerlukan analisis secara horizontal (mengufuk) iaitu dari tahu ke tahun. Sebagai contoh jika data yang diberi melibatkan tahun 2001, 2002 dan 2003, maka analisisnya mestilah dari tahun 2001 hingga 2003. Justeru pola yang bersesuaian dengan perubahan ialah;
  1. Meningkat dengan konsisten (tekal)
  2. Menurun dengan konsisten (tekakal)
  3. Tidak konsisten (turun naik dan sebaliknya)
Manakala pola perbandingan pula melibatkan analisis secara vertikal (menegak). Jika ada tiga tahun terlibat iaitu tahun 2001, 202 dan 2003, maka analisis pola perbandingan hanya dalam setiap tahun sahaja. Justeru pola yang bersesuaian dengan perbandingan;
  1. Paling tinggi
  2. Paling rendah
  3. Sederhana (opsyenal)
Satu lagi aspek yang turut terlibat dengan soalan jadual ialah alasan. Hampir seluruh soalan jadual meminta calon menjelaskan alasan dalam jawapan mereka. Walau bagaiamanpun ada dua jenis alasan iaitu alasan isu dan alasan isi.

Alasan isu iaitu, soalan meminta calon menjelaskan sesuatu isu sahaja. Mungkin dalam jawapan calon ada beberapa pola tetapi soalan hanya meminta calon menjelaskan aspek meningkat sahaja. Bagi alasan jenis ini jawapan calon hendaklah diasingkan dalam satu perenggan yang berlainan.

Alasan isi pula, soalan meminta calon menjelaskasan mengapa semua pola tersebut berlaku. Mungkin ada empat isi maka keempat pola tersebut handaklah dinyatakan dalam skrip jawapan,. Bagi jenis alasan ini, alasan calon hendaklah dimasukkan dalam setia perenggan alasan yang munasabah.

Wednesday, April 27, 2011

MENDEKATI SOALAN CARTA

Ada beberapa perkara yang pelu dititikberatkan sewaktu hendak menjawab soalan carta.
  • Calon hendaklah mengetahui apakah proses yang dipaparkan.
  • Tahu di mana harus bermula dan berakhir.
  • Tahu tentang arah anak panah serta maksud kotak-kotak dalam carta tersebut.
  • Tidak mengubah perkataan yang menjadi isi-isi penting. Contoh; "bahan cemar" jangan diubah kepada "bahan pencemaran".
  • Sekiranya carta tersebut berkaitan dengan sesuatu proses maka seluruh proses hendaklah dinyatakan satu persatu. Kegagalan menyatakan keseluruhan proses memungkinkan calon akan kehilangan markah yang banyak. Mungkin sahaja dikira salah sepenuhnya.
  • Sekiranya soalan meminta penjelasaan berkaitan dengan sesuatu faktor, maka hanya faktor tersebut sahaja yang diambil kira. Tetapi jika tajuk carta tersebut berkaitan dengan sesuatu faktor, maka keseluruhan faktor dalam carta hendaklah diambil.
  • Mulakan jawapan dengan pendahuluan yang ringkas. Contoh;
"Berdasarkan gambar rajah di bawah ini, terangkan operasi sebuah organisasi. Jelaskan usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan"
Pendahuluan memadai jika begini;
"Gambar rajah menunjukkan sebab-sebab berlakunya kegagalan dalam operasi sesebuah syarikat."
  • Adalah digalakkan calon-calon menggaris farasa-fras isi yang diminta agara ia jelas dilihat oleh pemeriksa.
  • Bina beberapa perenggan mengikut kesesuaian is-isi yang diperlukan. Elakkan sama sekali menghimpunkan semua isi dalam satu perenggan besar.

LATIHAN 1

Berdasarkan latihan nombor 7. Sila beri jawapan di bawah soalan ini. Jawapan anda hendaklah dhantar sebelum hari Selasa (3 Mei 2011) Tugasan tersebut akan membawa markah sebanyak 10% daripada keseluruhan markah peperiksaan pertengahan tahun.