Ada beberapa perkara yang pelu dititikberatkan sewaktu hendak menjawab soalan carta.
- Calon hendaklah mengetahui apakah proses yang dipaparkan.
- Tahu di mana harus bermula dan berakhir.
- Tahu tentang arah anak panah serta maksud kotak-kotak dalam carta tersebut.
- Tidak mengubah perkataan yang menjadi isi-isi penting. Contoh; "bahan cemar" jangan diubah kepada "bahan pencemaran".
- Sekiranya carta tersebut berkaitan dengan sesuatu proses maka seluruh proses hendaklah dinyatakan satu persatu. Kegagalan menyatakan keseluruhan proses memungkinkan calon akan kehilangan markah yang banyak. Mungkin sahaja dikira salah sepenuhnya.
- Sekiranya soalan meminta penjelasaan berkaitan dengan sesuatu faktor, maka hanya faktor tersebut sahaja yang diambil kira. Tetapi jika tajuk carta tersebut berkaitan dengan sesuatu faktor, maka keseluruhan faktor dalam carta hendaklah diambil.
- Mulakan jawapan dengan pendahuluan yang ringkas. Contoh;
"Berdasarkan gambar rajah di bawah ini, terangkan operasi sebuah organisasi. Jelaskan usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan"
Pendahuluan memadai jika begini;
"Gambar rajah menunjukkan sebab-sebab berlakunya kegagalan dalam operasi sesebuah syarikat."
- Adalah digalakkan calon-calon menggaris farasa-fras isi yang diminta agara ia jelas dilihat oleh pemeriksa.
- Bina beberapa perenggan mengikut kesesuaian is-isi yang diperlukan. Elakkan sama sekali menghimpunkan semua isi dalam satu perenggan besar.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas usaha anda...